Teori Maslow
Maslow(1970) mengemukakan konsep keperluan manusia yang tidak terbatas hanya kepada satu budaya sahaja. Menurut Maslow terdapat lima tahap keperluan yang ingin dipenuhi oleh setiap manusia mengikut heirarki dari paling asas kepada yang paling tinggi. Antara keperluan tersebut seperti keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan social, keperluan estim diri dan nirwana diri.
Keperluan fisiologi merupakan keperluan yang paling asas untuk menjamin kehidupan. Keperluan fisiologi tersebut merupakan keperluan yang sangat penting. Contohnya makanan, tempat tidur, rasa mengantuk dan sebagainya. Oleh itu untuk melalui kehidupan yang selesa, keperluan tersebut mestilah dipenuhi.
Keperluan keselamatan juga merupakan keperluan asas untuk kehidupan yang selesa. Dengan dapat memenuhi keperluan kelamatan tersebut, dapat menjamin untuk kehidupan yang lebih selesa. Walau bagaimanapun, keperluan keselamatan ini amat susah untuk dipenuhi walaupun pada zaman moden pada masa kini.
Keperluan sosial berkait rapat dengan persekitaran seseorang. Kebiasaannya seseorang ingin keperluan social mereka dipenuhi. Contohnya seseorang akan berusaha untuk mendapat kasih sayang, pendidikan, berkawan dan sebagainya.
Keperluan estim diri ialah keperluan untuk dihormati, disanjung, dikenali dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Untuk memenuhi keperluaan tersebut ia memerlukan individu tersebut bergiat cergas dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat sanjungan dan dikenali oleh masyarakat.
Keperluan yang paling tinggi iaitu keperluan nirwana diri.ia dianggap sebagai tahap pencapaian potensi yang penuh. Individu yang ingin mencapai keperluan nirwana tersebut biasanya mempunyai disiplin diri yang tinggi, bersikap positif, kriatif, mempunyai banyak pengalaman dan sebagainya. Ia akan memberi individu tersebut keyakinan melakukan sesuatu, lebih rasional dalam membuat keputusan, tahu menilai kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu dan sebagainya.
Sebagai pekerja sosial,keperluan yang dikemukakan oleh Maslow perlu diambil perhatian untuk membantu klien. Pekerja sosial perlu memastikan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan sosial dapat dijalankan oleh klien dengan baik. Keperluan – keperluan tersebut, adalah untuk memenuhi kehidupan yang lebih selesa. Oleh itu sebagai pekerja sosial perlu mengetahui banyak sumber untuk menolong memenuhi keperluan asas tersebut.
Rujukan:-
Mumtazah Othman. (2002). Pengenalan pengurusan sumber individu dan isi rumah: Nilai dan keperluan. Serdang:Penerbit university Putra Malaysia.
Mumtazah Othman. (2002). Pengenalan pengurusan sumber individu dan isi rumah: Nilai dan keperluan. Serdang:Penerbit university Putra Malaysia.

No comments:
Post a Comment