Tuesday, August 24, 2010

Langkah-Langkah Menangani Masalah Pembuangan Bayi

           Pada kebelakangan ini, negara kita sering digemparkan dengan kes pembuangan bayi.  Kes pembuangan bayi sering menjadi isu hangat dalam media di negara kita. Saban hari kita dapat melihat dan mendengar kes pembuang bayi di dalam media tempatan. Perkara ini semakin melular dan amat membimbangkan masyarakat. Hal ini kerana, Malaysia amat terkenal dengan budaya yang baik, berbudi bahasa yang baik, sopan dan sebagainya. Tetapi dengan menculnya gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa kini, ia telah memberi gambaran bahawa budaya ketimuran masyarakat di Malaysia adalah telah berubah mengikut arus zaman. Jika kita melihat dan menghayati kes rogol, cabut, gangguan seksual dan sebagainya tidak melihat pangkat, keturunan, jawatan dan sebagainya. sebagai contoh terdapat kes datuk yang sudah berusia warga emas sanggup merogol cucu sendiri. Selain itu, terdapat juga kes abang rogol adik, ayah rogol anak, cikgu rogol anak murid dan sebagainya. Boleh kita lihat pada hari ini, perbuatan manusia itu sendiri  telah keluar atau melebihi batas seorang manusia yang normal.
            Pada suatu ketika dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA yang berusia 22 tahun sanggup melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring yang berusia 17 tahun melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia yang berusia 18 tahun  pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya. Tetapi di Malaysia, terdapat wanita yang termakan pujuk rayu lelaki dengan sepinggan nasi goreng, sekeping kad prepaid dan sebagainya.
           Dapat kita perhatikan bahawa kes pembuangan bayi adalah mengikut musim. Antara bulan yang kerap berlakunya kes pembuangan bayi adalah bulan Julai , August dan September. Jika renungkan, proses untuk mengandung adalah selama 9 bulan. Ini bermana, berlaku penzinaan pada bulan Dicember dan Januari. Kebiasaan ramai golongan remaja akan berpesta apabila masuknya tahun baru. Mereka akan berpesta sampai ke pagi dan akan diserikan lagi dengan arak, pil ectasy, pil kuda dan pelbagai bahan khayal dan kemungkinan besar akan terjerumus untuk melakukan maksiat.
           Satu langkah yang berkesan perlu dilakukan untuk membendung gejala pembuangan bayi daripada berterusan berlaku. Antara langkah yang perlu diambil ialah peranan pelbagai pihak perlu diambil kira untuk memantau perkara ini. Antaranya ialah peranan ibubapa yang penting untuk mengawasi tindak tanduk anak-anak mereka. Terdapat ibubapa yang tidak memperdulikan anak-anak mereka untuk berkawan, masa untuk keluar bersia-sia, kemana halatuju anak-anak dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan anak-anak bebas untuk melakukan perkara yang terlarang. Selain itu juga terdapat ibubapa yang terlalu mempercayai anak-anak mereka. Dengan ini, mudah untuk anak-anak untuk memdepayakan ibubapa mereka. Dalam dunia yang maju sekarang, ibubapa perlu memantau pergerakan anak-anak mereka bagi membendung daripada perbuatan yang tidak diingini.
            Selain itu, masyarakat juga berperanan penting untuk membendung gejala ini terus berleluasa. Pada masa kini, institusi kemasyarakatan telah tidak berfungsi dengan baik. Hal ini kerana, masyarakat sekeliling tidak memperdulikan tentang perkara yang dilakukan oleh remaja khususnya remaja yang tidak mempunyai pertalian darah dengannya. Ini akan menyebabkan remaja akan hanyut dengan membuat perkara yang menyesatkan.

          Selain itu juga, peranan media juga penting bagi menangani masalah pembuangan bayi terus berlaku. Hal ini dengan tidak menayangkan filem-filem yang berunsurkan lucah. Hal ini kerana banyak terdapat filem-filem pada zaman sekarang berunsurkan lucah dipasaran. Ia akan menyebabkan golongan remaja akan terpengaruh dengan untuk melakuakan dan menyumbang kepada pembuangan bayi pada masa kelak. Pihak kerajaan perlu bertegas dalam penayangan filem di negara kita. Hal ini bagi membendungan rolongan remaja daripada terpengaru dengan filem.
           Bagi menangani malasah pembuangan bayi terus berleluasa, pihak kerajaan perlulah bertegas dengan menguatkuasakan undang-undang yang tegas. Undang-undang tersedia ada perlu diubah, hal ini kerana masyarakat tidak takut akan tindakan yang akan diterima. Oleh itu, undang-undang perlu diberatkan lagi bagi memberi pengajaran yang berkesan kepada sesiapa yang bersalah dalam kes pembuangan bayi. Dengan ini, boleh menyebabkan kes pembuangan bayi dapat dibendung daripada terus meningkat.
        Kempen perlu dilakukan secara besar-besaran bagi membendung kes pembuangan bayi terus berlaku. Melalui kempen sebegini, ia dapat memberi pengajaran atau pengetahuan kepada remaja akan tindakan mereka. Selain itu, ia juga akan memberi kesedaran kepada remaja yang ingin melakukan penzinaan supaya menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk seperti itu.
          Selain itu, penerapan nilai atau ilmu agama juga penting untuk menangani masalah pembuangan bayi terus berleluasa. Dengan adanya pegangan agama yang kuat yang menyebabkan remaja akan menjauhi penziaan dan masalah pembuanagn bayi dapat dibendung. Selain itu juga, dengan adanya ajaaran agama yang cukup mereka yang merasa takut untuk melakukan perkara yang salah dari sudut agama.

          Kesimpulannya ialah, semua pihak perlu bekerjasama untuk membendung gejala pembuangan bayi terus berleluasa. Hal ini kerana banyak kesan buruk jika masalah ini dibiar berterusan. 
Statistik kes pembuangan bayi
Tahun
Bil kes
1999
70
2001
97
2006
53
2007
76
2008
102
2009(sehingga Mei)
33
 
  *statistik yang dikeluarkan oleh JKM
          Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara bagi 2000 hingga 2008, seramai 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagi bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.
           Jumlah kes pembuangan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi yang paling tinggi iaitu 105 kes dan diikuti Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).

                 Gambar kes pembuangan bayi





Wednesday, August 11, 2010

Teori

Teori Maslow
            Maslow(1970) mengemukakan konsep keperluan manusia yang tidak terbatas hanya kepada satu budaya sahaja. Menurut Maslow terdapat lima tahap keperluan yang ingin dipenuhi oleh setiap manusia mengikut heirarki dari paling asas kepada yang paling tinggi. Antara keperluan tersebut seperti keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan social, keperluan estim diri dan nirwana diri.



Hierarki keperluan mengikut Maslow

         Keperluan fisiologi merupakan keperluan yang paling asas untuk menjamin kehidupan. Keperluan fisiologi tersebut merupakan keperluan yang sangat penting. Contohnya makanan, tempat tidur, rasa mengantuk dan sebagainya. Oleh itu untuk melalui kehidupan yang selesa, keperluan tersebut mestilah dipenuhi.
          Keperluan keselamatan juga merupakan keperluan asas untuk kehidupan yang selesa. Dengan dapat memenuhi keperluan kelamatan tersebut, dapat menjamin untuk kehidupan yang lebih selesa. Walau bagaimanapun, keperluan keselamatan ini amat susah untuk dipenuhi walaupun pada zaman moden pada masa kini.
        Keperluan sosial berkait rapat dengan persekitaran seseorang. Kebiasaannya seseorang ingin keperluan social mereka dipenuhi. Contohnya seseorang akan berusaha untuk mendapat kasih sayang, pendidikan, berkawan dan sebagainya.
          Keperluan estim diri ialah keperluan untuk dihormati, disanjung, dikenali dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat. Untuk memenuhi keperluaan tersebut ia memerlukan individu tersebut bergiat cergas dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat sanjungan dan dikenali oleh masyarakat.
          Keperluan yang paling tinggi iaitu keperluan nirwana diri.ia dianggap sebagai tahap pencapaian potensi yang penuh. Individu yang ingin mencapai keperluan nirwana tersebut biasanya mempunyai disiplin diri yang tinggi, bersikap positif, kriatif, mempunyai banyak pengalaman dan sebagainya. Ia akan memberi individu tersebut keyakinan melakukan sesuatu, lebih rasional dalam membuat keputusan, tahu menilai kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu dan sebagainya.
         Sebagai pekerja sosial,keperluan yang dikemukakan oleh Maslow perlu diambil perhatian untuk membantu klien. Pekerja sosial perlu memastikan keperluan fisiologi, keperluan keselamatan dan keperluan sosial dapat  dijalankan oleh klien dengan baik. Keperluan – keperluan tersebut, adalah untuk memenuhi kehidupan yang lebih selesa. Oleh itu sebagai pekerja sosial perlu mengetahui banyak sumber untuk menolong memenuhi keperluan asas tersebut.


Rujukan:-
Mumtazah Othman. (2002).  Pengenalan pengurusan sumber individu dan isi rumah: Nilai dan keperluan. Serdang:Penerbit university Putra Malaysia.