Thursday, July 29, 2010

Bagaimana kefungsian sosial individu dapat membantu menyelesaikan masalah



         Kefungsian sosial ialah peranan setiap individu masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Ia hanya akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya individu-individu di dalamnya berfungsi dengan baik dan menjalankan kefungsian sosial masing-masing dengan sempurna. Selain itu, kefungsian sosial adalah satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara kompenen-kompenen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian.


         Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu memberi impak kepada persekitaran. Ini bermakna kefungsian sosial akan terbentuk dengan  melalui pengaruh persekitaran yang terdekat terlebih dahulu. Kehidupan bersosial akan melahirkan masyarakat yang stabil, mantap, mempunyai tingkah laku tertentu dan boleh dijangka. Lazimnya, seseorang individu tersebut memainkan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa. Terdapat 4 aspek yang memainkan peranan dalam keberkesanan kefungsian sosial iaitu status sosial, kelompok sosial, institusi sosial dan rol sosial.

[1.bmp]




Contoh kes:-



         Imran merupakan seorang remaja yang liar. Dia masih bersekolah tingkatan 2 di sebuah sekolah luar bandar. Imran mempunyai seorang abang iaitu Rahimi yang telah bekerja kilang berhampiran rumahnya. Keluarga Imran tersebut boleh dikategorikan dalam keluarga yang susah. Imran dan Rahimi mempunyai minat yang sama iaitu berlumba motosikal. Mereka selalu berlumba motosikal secara haram. Imran mempunyai ramai rakan lain yang juga selalu turut serta berlumba motosikal haram. Imran juga tidak disenangi oleh penduduk kampung dengan tingkah laku sedemikian. Oleh kerana selalu berlumba motosikal, Imran telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan ayahnya yang sudah tua. Hubungan dengan adik beradik juga selalu dingin. Kesimpulannya ialah kefungsian sosial adalah amat penting bagi setiap individu untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Jika Imran menjadikan abangnya sebagai rol sosial, dia akan hanyut dengan kegiatan yang salah. Selain itu Imran juga gagal dalam kefungsian sosial dengan mengabaikan pelbagai aspek seperti pelajaran, tanggungjawab terhadap keluarga, hubungan dengan adik beradik dan sebagainya.




Rujukan:-

  • Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul. (2009).  Pengantar kerja sosial: Kefungsian sosial dalam sistem sosial. Kuala Lumpur:Utusan publications & distributors